Kerjaya Man Kidal

Man kidal mula bermain gitar sejak usianya 10 tahun lagi. Sejak itu beliau mula bermain gitar bersungguh-sungguh hingga berjaya menubuhkan kumpulan muzik bernama Lefthanded selaku pemain gitar utama di dalam kumpulan ini. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1980 bersama Nurlaila Yusof, dan mempunyai tiga orang anak Mohd Shefflee, Farah dan Norshahera serta mempunyai 3 orang cucu iaitu Mohd. Danial Aiman, Siti Nur Elysha dan Danish Haikal.